8 TIPS

No comments
8 Langkah Keselamatan Jalan Raya 

  •  Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. 
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan serius. 
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

No comments :

Post a Comment